11 kes baharu Covid-19 di Menara City One

11 kes baharu Covid-19 di Menara City One

PUTRAJAYA,. Terdapat 11 kes baharu positif Covid-19 direkodkan di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 51 di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) itu.

“Di Menara City One, sebanyak 1,986 sampel diambil dan ada pertambahan 11 kes positif, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan sebanyak 51 orang dengan satu kematian

“Bangunan Selangor Mansion tiada pertambahan kes, kekal 85 kes. Bangunan Malayan Mansion kekal dengan empat kes. Di Jalan Masjid India juga kekal dengan tiga kes,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Dr Noor Hisham juga menegaskan pihaknya akan melindungi zon hijau Covid-19 khususnya di kawasan utara Semenanjung bagi mengelakkan kes baharu.

Katanya, perkara langkah selanjutnya akan dilakukan dalam tempoh seminggu dua ini.

“Antara perancangan kawalan ialah melindungi zon berkenaan daripada kes jangkitan baharu yang membabitkan bukan saja negeri tetapi hingga ke peringkat daerah dan mukim.

“Zon itu itu perlu dilindungi dengan tindakan sewajarnya dan kita akan maklum perancangan itu dalam tempoh seminggu dua ini,” katanya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )